Thursday, September 2, 2010

thanxxs orang jujur !!!

salam bulan September, mmm 4 bulan lagi maka berakhirlah tahun 2010, tup tup umur pun semakin bertambah, makin tua, makin berkedut,,,hehe..

 ***-------------***


Pada hari rabu yang lepas bersamaan 1 September 2010, sesuatu perkara dah terjadi n ianya berjaya membuat aku terharu n terfikir ada lagi manusia yang jujur di bumi Allah ini.

ianya pabila aku parking moto dekat 1 tempat di bawah pokok rendang berhampiran stesen komuter bandar tasik selatan dalam pukul 11 pagi, aku kunci tayar depan n kunci rantai moto sekali,,,aspek keselamatan untuk para pemilik moto yang tak mau kehilangan moto nya ;)... then aku ke KL Sentral..ok tu tak kisah lah aku ke mana pun,,..

aku balik dalam pukul 5, masa tu hujan rintik-rintik, aku gagahkan diri jugak nak balik n singgah beli makanan kat bazar, bila aku nak bukak kunci moto, aku tak perasan lagi yang cermin sisi  kiri aku dah patah,.. bila aku bukak kunci tempat duduk sebab aku sangkut helmet kat belakang tuh, baru aku sedar yang cermin sisi aku dah patah, ada hamba Allah dah patahkan cermin tu mungkin dia tak sengaja atau mungkin moto aku dah terbalik sebab tuh cermin tuh pecah, aku terkejut dah and baru mula nak bukak mulut nak memaki hamun orang yang dah pecahkan cermin aku, tapi tetiba aku rasa terharu sebab hamba Allah tuh memang seorang yang jujur... dia rasa bersalah dan dia tinggalkan note RM10 dalam bekas cermin moto aku dan letak dalam helmet aku,,,

 terkejut cute cam kucing ni...hehe

bagi aku orang yang letak duit tuh sangat jujur,... sebab dah banyak kali cermin sisi aku pecah disebabkan kezaliman manusia yang sengaja pecahkan atau pun tidak sengaja, peristiwa pecah cermin moto ni dah masuk kali ke 3, 
first, ada orang curik, 
yang second, ada orang pecahkan, 
and yang third ni, pecah and tercabut terus tinggal rangka jer,,,,

naik darah jugak la sebab cermin sisi walaupun rosak satu je tapi kita kena tukar dua-dua terus, tambah nak cermin yang ori...almaklum yang tak ori tu macamana, selalu bergerak-gerak time bawak moto...

apepun, aku sangat berterima kasih pada yang ketiga ni,,,ni lah sikap orang yang jujur,, rasa bersalah menguasai diri hamba Allah ni n dia letak gak duit ganti...tapi sebenarnya aku tak kisah pun,....sebab aku pasti aku tak kan tukar or ganti cermin tuh..n aku biarkan moto tak bercermin belah kiri pun tak apa, asal yang cermin kanan ada.....lagi pun aku tak tau mana letaknya kedai moto dekat umah akak aku ni...

siapa je ORANG YANG JUJUR tu, THANKS aku ucapkan
kekalkan kejujuran anda tu....
samada makcik ke, pakcik ke, akak ke, abang ke, adik ke...terima kasih ;)

***-------------***

sempena bulan September ni, yang juga bulan kelahiranku,,,aku nak ucapkan SELAMAT HARI JADI kepada kawan-kawan yang lahir bulan September, aku taw ramai yang hari jadi bulan 9,, samada mereka tahu atau tak kewujudan blog ni,, aku ucapkan SELAMAT HARI JADI =)