Tuesday, August 17, 2010

Let's Change Ladies !!!



aku ade terbaca satu post dekat facebook aku pasal '8 KESALAHAN WANITA KETIKA BERTUDUNG' -

kadang2 aku terfikir yang facebook ni ade kebaikan jugak disamping ada keburukan yang tersendiri...sebabnya alhamdulillah ada sesetengah orang yang berkongsi video @ cerita yang baik untuk sesama manusia.

Diantara 8 kesalahan yang aku baca ialah :-


Anggapan bahwa Aurat itu adalah memakai tudung sahaja

Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek

Bertudung tetapi baju kebarung atau kebaya nya terbelah kainnya

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis

 Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya

Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja sebagai syarat bertudung

Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher

Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis


Aku jugak ada terbaca yang sebenarnya sanggul macam bonggol unta xbaik pom, tapi ntah dah jadi trend sekarang sejak wujudnya tudung segera tuh...Try tengok kat bawah =


kan....sejak dua menjak sume nak pakai tudung yang boleh buat bonggol2 nih,...memang kadang2 nampak lawa tapi kalau sanggulnya terlalu tinggi aisehhh rasa pelik lak aku nengoknya
jangan pulak kerana fesyen, kita lupa hukum nya, baik ke x,,sepatotnya kita kena selidik dulu ;)
Sebagai wanita, aku juga selalu lalai, namun aku juga mengharapkan perubahan dalam diri ini... Moga Allah sentiasa memberi kebaikan kepada kita, insyaAllah


Firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."



2 comments:

  1. salam...

    nice entry..
    very well written and informative...

    every girls out there should read this.. ;)

    ReplyDelete